Saturday, February 6, 2010
ADMISHUN.
Tuesday, February 2, 2010
REMINDER.
Thursday, January 14, 2010
Saturday, January 9, 2010
BILA M&L.
Kadang-kadang manusia memang pelik. Dalam kes ini, jahanam.
Berita seperti ini memang susah untuk diterima. Kalau nak diikutkan hati, mahu sahaja muka depan suratkhabar itu tidak dihiraukan, cuba anggap seolah-olah tidak wujud. Atau, mahu sahaja laman web The Star Online itu dinavigasikan dengan menekan link iklan, terus ke laman web lain yang artikelnya lebih menyenangkan (atau mengenyangkan) hati dan jiwa seperti “Delight in Dim Sum”- www.kuali.com. Ah, alangkah bagusnya kalau dalam kehidupan seharian kita, hanya dim sum yang dihiraukan. Atau apa-apa perkara lain yang lebih relevan. Bukan seperti perbezaan agama. Bukan perasaan dengki antara bangsa, status, rupa.
Kenapa masalah seperti ini berlaku? Rasanya tidak perlu diberi jawapan objektif A, B, C dan D. I am in no position, nor do I have the knowledge to comment on this in a political perspective and therefore, I shall not. Tetapi, wajar jika masalah ini dipandang dari sudut moral dan terbukti, isu ini bukanlah isu pertama yang menghujahkan betapa kurangnya sikap HORMAT diantara rakyat Malaysia.
Siasatan sedang dijalankan, hanya perlu tunggu dan lihat siapa sebenarnya punya angkara, mangkuk hayun mana buat perangai (bak kata Papa). Mungkin kemudian keluar berita tangkapan pesalah-pesalah, dan hampir pasti fakta akan di’twist’kan oleh media mengikut telunjuk pihak atasan. Tapi kuat rasa hati, seperti sudah sah-sah angkara bangsa aku sendiri. Sedangkan media bebas melaporkan kejadian pembakaran Metro Tabernacle Church “a witness saw four people on two motorcycles (a.k.a Melayu merempit) breaking the glass front of the church and throwing an incendiary object inside before fleeing.”
Respect. Saling memahami dan bersikap terbuka. Manusia perlu menghormati untuk dihormati. Bukanlah niat untuk mengutuk bangsa sendiri, tapi cukup dengan berita-berita busuk seperti ini. Kalau hari ni kau bakar church, kalau esok dibakar pula Masjid Shah Alam? Lepas tu kau marah, sedangkan semuanya kau punya angkara, sedangkan asalnya kau yang memulakan proses karma itu. Sedangkan tidak diajar oleh agama keganasan seperti yang kau tergamak buat tu! Kalau sungguhpun tercalar sedikit perasaan kau oleh isu penggunaan nama Tuhan, membakar tempat keagamaan orang lain itu jauh lebih kejam, seolah-olah di rumah kau langsung tidak belajar akhlak dari keluarga, di sekolah langsung tidak memperoleh ilmu agama.
1Malaysia. Penat iklan ditayangkan di televisyen. Penat dipromosikan oleh Hot.fm, ada kau dengar? Bahkan Lite.fm dan Mix.fm juga turut serta, ada kau dengar? Mungkin siaran radio ini kau kurang minat, mungkin hanya untuk orang tua. Tapi Sinar.fm? Era?
Tengok sekarang, sebab ada yang perangai mangkuk hayun, aku berleter macam makcik tua. Nak buat macam mana, darah Melayu, berleter memang semulajadi dalam gene. Cakap memang hebat, sembang di kedai kopi memang kita paling pandai. Kena ingat juga, jangan cakap sahaja, harus ada perlakuan dan langkah-langkah memperbaiki diri. Semoga semuanya selamat (kecuali pesalah kes pembakaran ini). Semoga negara Malaysia selamat.
Hmm. Tadi ada menyebut Shah Alam, yang sebenarnya teringat dan teringin untuk makan dim sum murah di SACC Mall.
Wednesday, December 30, 2009
SENTIMENTS.
Last night, I found the need to find something.
Something I think I need to comprehend.
Something I think might solve the problem.
So I switched on my old Acer and I opened the archive.
I read them all. And took every word in.
Now, I’m not quite sure what to feel.
I don’t know what I got from all the reading.
One thing for sure, it gave me nothing whatsoever to solve the problem.
--- And having to read a part of it was a real pain too.
Friday, December 25, 2009
TRANSIT.
Thursday, December 3, 2009
WHAT I USUALLY GET.
Saturday, November 21, 2009
THE DRAFT.
Friday, October 9, 2009
I SAT BESIDE THE BEAUTIFUL LAKE, AND I WONDERED WHY YOU WEREN'T SITTING THERE BESIDE ME.
Friday, September 18, 2009
FOR THE RECORD.






